Malaysia perlu pandang sistem badminton China

Chen Yufei yang pernah menjuarai Kejohanan badminton Remaja Asia 2016 kini menghuni ranking kedua dunia perseorangan wanita. (Gambar kecil: Yoke Meng)
Chen Yufei yang pernah menjuarai Kejohanan badminton Remaja Asia 2016 kini menghuni ranking kedua dunia perseorangan wanita. (Gambar kecil: Yoke Meng)
A
A
A

BEKAS ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Kwan Yoke Meng berpandangan bahawa Malaysia tetap perlu memandang kepada China untuk mempelajari bagaimana mengeksploitasi bakat muda di peringkat tertinggi sukan badminton.

Menurut Yoke Meng, China memiliki sistem latihan selaras yang patut dicontohi kerana mampu melahirkan pemain berkelas dunia.

Buktinya, pemain China mendominasi kelompok tiga teratas dalam kesemua lima disiplin di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Seperti China, kita perlu mengadaptasi apa yang perlu diajar di peringkat umur lima ke lapan tahun dan apa pula yang perlu dilakukan pada peringkat umur lapan hingga 10 tahun.

"Ia bertujuan supaya pemain yang dibentuk tidaklah menjadi adunan yang baik dan tidak baik," katanya.

Tidak lama dahulu, bekas pemain kebangsaan, Datuk James Selvaraj percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan program latihan pemain remaja ketika ini sekali gus menjurus kepada kemerosotan prestasi mereka.

Katanya, ia adalah sesuatu yang perlu dikaji secara menyeluruh oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat senior.

"Permainan sekarang ini sudah berbeza yang mana ia lebih kepada kepantasan dan taktikal.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, program latihan juga perlulah berbeza mengikut kesesuaian pada masa kini," kata James yang pernah menggalas tugas selaku Pengarah Prestasi Tinggi BAM.