Allianz Malaysia hampir ungguli Kejohanan Badminton MII 2023

Allianz Malaysia sahut cabaran Kejohanan Badminton MII 2023.
Allianz Malaysia sahut cabaran Kejohanan Badminton MII 2023.
A
A
A

ALLIANZ Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hampir mengungguli sepenuhnya Kejohanan Badminton Malaysia Insurance Institute (MII) 2023.

Kejuaraan yang julung kali diadakan itu menyaksikan Allianz Malaysia memenangi kategori beregu campuran manakala naib juara dalam beregu lelaki.

Kejohanan berkenaan menampilkan dua kategori iaitu kategori beregu lelaki yang menarik penyertaan 18 pasangan manakala beregu campuran pula menyaksikan penyertaan 10 pasangan.

Dalam perlawanan akhir beregu campuran, Kenneth Ho-Pamela Tee menewaskan rakan sepasukan Abd Razak Ramlan-Liang Kai Qi 31-17

Kategori beregu lelaki, Gary Mark Nagan-Kumar Kannappan tewas kepada pasangan dari Lonpac Insurance 21-31 dalam perlawanan akhir.

Secara keseluruhan, Allianz Malaysia menghantar lima pasangan beregu lelaki dan campuran dengan dua beregu tewas pada suku akhir iaitu Joson Lim-Khor Shulin (beregu lelaki) dan Mohd Rasydan-Elaine Fong (beregu campuran).

Terdahulu awal bulan ini, Allianz Malaysia muncul naib juara dalam Kejohanan Berpasukan Liga Badminton Malaysia Life Reinsurance.

“Walaupun Allianz Malaysia terkenal sebagai penganjur utama untuk Kejohanan Badminton Remaja Allianz, kami juga menggalakkan serta menyokong kakitangan bersaing dengan pemain badminton syarikat lain dalam industri insurans.

Artikel Berkaitan:

"Secara keseluruhan, saya berbangga dengan pencapaian pasukan badminton Allianz Malaysia kerana ini adalah kejohanan kedua yang kami layak ke peringkat akhir,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang.