Malaysia dihukum kesilapan sendiri

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Belanda di Muscat. Foto FIH_Hockey
Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Belanda di Muscat. Foto FIH_Hockey
A
A
A

HASRAT skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara memperagakan aksi meyakinkan dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s tidak kesampaian apabila dibelasah, 0-10 Belanda dalam perlawanan di Muscat, Oman pada Rabu.

Dalam perlawanan Kumpulan A itu gol pasukan dari Eropah itu dijelmakan Lana Kalse (m-9, m-20), Bente van der Veldt (m-11, m-17), Floor de Haan (m-11'), Sosha Benninga (m-13, m-28), Janneke van de Venne (m-15), Danique van der Veerdonk (m-23) dan Noor de Baat (m-25).

Sementara itu, pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fiqri Mohd Noor mengakui kesilapan anak buahnya pada awal permainan menyaksikan skuad negara dihukum pasukan Belanda.

"Bukan keputusan yang diharapkan tambahan kita mempunyai peluang pada awal permainan namun kita tidak jaringkan gol.

"Belanda menghukum kita dengan kesilapan sendiri menyebabkan kita melepaskan 10 jaringan mudah.

"Esok, kemenangan ke atas Fiji yang memastikan kita pergi suku akhir dan hanya kemenangan yang perlu kita cari dan (berharap) pemain bersedia capai objektif dengan tiga mata," katanya.

Malaysia selepas dua perlawanan menduduki tempat kedua Kumpulan A dengan tiga mata, di belakang Belanda (enam mata).

Oman dan Fiji pula masing-masing di tempat ketiga dan keempat tanpa sebarang mata.

Artikel Berkaitan: