Elak ulang kesilapan sama berdepan Afrika Selatan - Nabil Fiqri

Antara aksi menarik Malaysia menentang Fiji dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman. Foto: International Hockey Federation (FIH)
Antara aksi menarik Malaysia menentang Fiji dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman. Foto: International Hockey Federation (FIH)
A
A
A

PENGENDALI pasukan hoki lima sebelah (5s) wanita negara, Nabil Fiqri Mohd Noor menyifatkan prestasi dipamerkan pemain-pemainnya dalam aksi tersebut sebagai kurang memuaskan biarpun misi suku akhir pasukan berjaya direalisasikan dalam perlawanan tersebut.

“Kita memberikan pasukan Fiji menjaringkan empat gol mudah yang berpunca daripada kesilapan dilakukan pemain sendiri. Jadi perlawanan berdepan Afrika Selatan Jumaat, saya mahu pemain-pemain tidak lagi melakukan kesilapan mudah sama seperti ketika menentang Fiji hari ini.

“Afrika Selatan merupakan pilihan manakala kita pula underdog, namun saya percaya pasukan yang mempunyai keinginan tinggi akan lebih berjaya terutama bagi perlawanan peringkat kalah mati.

“Kami juga harap penyokong-penyokong Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada kami dan doakan kejayaan kami,” katanya pada Khamis.

Antara aksi menarik Malaysia menentang Fiji dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman.
Antara aksi menarik Malaysia menentang Fiji dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman.

Skuad hoki 5s wanita negara kembali memperagakan aksi garang apabila mengikat Fiji 4-4 dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala Dunia Hoki 5s di Muscat, Oman pada Khamis.

Anak buah Nabil Fiqri sebelum itu membelasah Oman, 10-0 sebelum dibelasah Belanda dengan jaringan sama dalam perlawanan kedua.

Gol pasukan negara dijaringkan Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri (m-15, m-21), Ellya Syahirah Ellias (m-20), Qhairunisya Mohd Zanili (m-23), manakala Fiji pula mencetak jaringan menerusi Lora Bukalidi (m-2), Melba Nautu (m-18), Tiara Dutta (m-20) dan Lala Ravatu (m-24).

Artikel Berkaitan:

Keputusan seri itu menyaksikan skuad negara mara ke suku akhir dengan status naib juara kumpulan selepas mengumpul empat mata sama dengan Fiji, namun dibezakan jaringan yang berpihak pasukan negara yang akan berdepan juara Kumpulan A, Afrika Selatan dalam aksi suku akhir pada Jumaat.