Malaysia hantar skuad terbaik ke BATC 2024

Senarai pemain skuad negara yang menyertai Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bermula 13 hingga 18 Februari depan.
Senarai pemain skuad negara yang menyertai Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bermula 13 hingga 18 Februari depan.
A
A
A

SKUAD badminton negara menjangkakan saingan lebih sengit dalam misi mempertahankan Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang menyingkap tirai bermula 13 hingga 18 Februari depan.

Biarpun begitu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya skuad lelaki diketuai pemain utama perseorangan Lee Zii Jia mampu menghadirkan saingan sengit.

"Kali ini kita hadir dengan barisan pemain terkuat termasuk kehadiran Lee Zii Jia.

"Selain itu, kita harap Ng Tze Yong juga dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ABM pada Jumaat.

Sebagai rekod, skuad lelaki negara muncul juara buat pertama sejak pengenalan kejohanan itu pada 2016 selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir edisi 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Jelas Rexy lagi, saingan kali ini juga lebih sengit apabila pasukan China, Jepun, Korea Selatan dan India dijangka menyenaraikan barisan terkuat dalam kejuaraan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

"Kita tahu semua pasukan ketika ini dalam pecutan terakhir (mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024), dan ini antara kejuaraan yang dapat mengukuhkan kedudukan pemain mereka bagi layak ke Olimpik," katanya.

Kejuaraan dwitahunan ini juga merupakan pentas kelayakan bagi saingan Piala Thomas dan Uber yang menyaksikan empat pasukan terbaik akan layak ke acara berpasukan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Skuad Lelaki BATC 2024

Perseorangan

Zii Jia

Tze Yong

Justin Hoh

Eugen Owe

Beregu

Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Skuad Wanita BATC 2024

Perseorangan

Goh Jin Wei

K Letshanaa

Siti Nurshuhaini Azman

Wong Ling Ching

Beregu

Pearly Tan-M Thinaah

Go Pei Kee-Low Yeen Yuan

Teoh Mei Xing-Tan Zhing Yi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!