Lapan ditahan terlibat penyeludupan migran

Lapan individu telah ditahan dalam enam serbuan Op Mega Pembanteras Jenayah Tip kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
Lapan individu telah ditahan dalam enam serbuan Op Mega Pembanteras Jenayah Tip kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.
A
A
A

SEREMBAN - Lapan individu telah ditahan dalam enam serbuan Op Mega Pembanteras Jenayah Tip kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan migran.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 54 tahun itu ditahan pada 22 dan 23 Januari.

"Satu operasi khas dijalankan yang fokus utama ialah membanteras eksploitasi ke atas mangsa sama ada kanak-kanak, wanita, warga emas dan orang kurang upaya untuk mengaut keuntungan.

"Polis telah berjaya menahan semua suspek dalam enam serbuan berasingan di Seremban, Kuala Pilah dan Rembau," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mereka ditahan di bawah Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) kerana disyaki melakukan eksploitasi ke atas 12 mangsa iaitu satu lelaki, 10 wanita warga Thailand dan satu wanita kemboja.

Polis menyerbu lokasi kes penyeludupan migran.
Polis menyerbu lokasi kes penyeludupan migran.

Ujarnya, kesemua mangsa berusia antara 17 hingga 73 tahun telah berjaya diselamatkan.

"Dalam serbuan dilakukan, turut menahan 15 warga asing berusia 28 hingga 49 tahun kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

Artikel Berkaitan:

"Turut dirampas dua kereta, satu motosikal, lima telefon bimbit serta barangan lain berkaitan kes," katanya.

Tambahnya, polis memandang serius aktiviti eksploitasi dan penyeludupan orang dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam.

Jelasnya, kesalahan di bawah Akta Atipsom memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda.