'Kami tunaikan janji kepada rakyat Palestin'

Pasukan Palestin pada perlawanan Hong Kong menentang Palestin peringkat kumpulan C Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa. Foto Bernama. Pasukan Palestin pada perlawanan Hong Kong menentang Palestin peringkat kumpulan C Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa. Foto Bernama

A
A
A

KAPTEN Palestin, Musab Al-Battat berkata, pasukannya menunaikan janji kepada rakyat Palestin selepas mara ke pusingan kalah mati Piala Asia buat kali pertama dalam sejarah negara itu.

Kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong dalam aksi Kumpulan C itu juga merupakan kemenangan pertama mereka dalam sejarah pertandingan dan sudah cukup untuk mara ke pusingan 16 terakhir sebagai salah satu daripada empat pasukan terbaik di tempat ketiga.

Oday Dabbagh membuka tirai jaringan pada minit ke-12 sebelum Zaid Qunbar menggandakan jaringan pada minit ke-48.

Pemain Palestin, Oday Dabbagh meraikan jaringan gol pada perlawanan di antara Hong Kong menentang Palestin bagi peringkat Kumpulan C sempena Piala Asia 2023 di Stadium Abdullah Bin Khalifa. Foto Bernama

Oday melengkapkan kemenangan Palestin pada minit ke-60 dan apabila wisel penamat ditiup, pemain dan kakitangan Palestin meraikannya di atas padang, berpelukan dan mengibarkan bendera di Stadium Abdullah Bin Khalifa.

Kemenangan Palestin itu amat bermakna selepas negara mereka berada dalam kemelut perang Israel-Hamas di wilayah Palestin di Gaza.

"Kami berjaya meletakkan senyuman di wajah mereka yang mengikuti kami di dalam atau di luar Palestin," katanya.

Iran mengungguli Kumpulan C selepas mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 yang turut mara ke pusingan kalah mati sebagai pasukan di kedudukan kedua.

Artikel Berkaitan: