Jepun tagih khidmat Mitoma

Mitoma
Mitoma
A
A
A

TONGGAK Jepun, Kaoru Mitoma tidak berlatih dengan rakan sepasukan yang lain menjelang aksi penentuan kumpulan D Piala Asia menentang Indonesia, dengan pemain pertahanan Ko Itakura mengakui ia membimbangkan.

Pemain sayap Brighton itu tidak bermain sejak cedera pergelangan kakinya ketika seri 1-1 dengan Crystal Palace pada 21 Disember lalu.

Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu memasukkannya dalam skuad untuk ke Piala Asia kali ini tetapi pemain itu tidak bermain dalam dua perlawanan mereka di Qatar setakat ini.

Mitoma yang berusia 26 tahun bersenam bersendirian di hotel pasukan manakala pemain lain berlatih sebelum perlawanan menentang Indonesia Rabu ini.

Jepun masih belum layak ke pusingan 16 terakhir dan memerlukan sekurang-kurangnya seri untuk menjamin tempat mereka.

Itakura dari Borussia Monchengladbach berkata, Mitoma sememangngya diharapkan cergas untuk beraksi dalam perlawanan terakhir kumpulan itu.

"Ia satu kebimbangan. Saya harap dia cepat sembuh daripada kecederaannya," katanya.

Jepun menewaskan Vietnam 4-2 dalam perlawanan pembukaan mereka tetapi dikejutkan 1-2 oleh Iraq dan kini tidak mempunyai peluang untuk mengungguli kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Mereka berpotensi berdepan pertembungan peringkat 16 terakhir dengan musuh ketat Korea Selatan jika kedua-dua pasukan layak ke pusingan kalah mati.

Jepun memulakan kejohanan dengan penyerang Takefusa Kubo dan pemain pertahanan Takehiro Tomiyasu turut berusaha kembali daripada kecederaan.

Kubo telah bermain dalam kedua-dua perlawanan setakat ini manakala Tomiyasu masuk pada separuh masa menentang Iraq.

Kubo yang bermain untuk kelab Real Sociedad berkata, ketiadaan Mitoma tidak menjadi masalah besar.

“Mitoma tiada di sini buat masa ini tetapi bola sepak bukanlah permainan individu,” katanya.