Kucing selamat pulang diekori dua kucing jalanan

Status Lisa tular di laman sosial.
Status Lisa tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kehilangan kucing kesayangan akan membuatkan pemilik kucing menjadi tidak keruan.

Begitulah yang dirasai oleh pelayar Twitter @lisajariffin ketika memuat naik status kehilangan kucingnya pada 33 Disember lalu.

Gadis ini juga sanggup memberi ganjaran sebanyak RM1,000 kepada individu yang menyerahkan kucing berusia sembilan tahun itu dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Lisa memuat naik status baharu memberitahu kucingnya selamat pulang ke rumah namun mengalami luka kecil pada sebelah matanya.

Menariknya, kucing kesayangannya pulang diekori dua kucing jalanan.

Dua ekor kucing itu pernah ditemui oleh Lisa malah pernah mengadu kepada dua haiwan itu tentang kehilangan kucingnya pada hari kejadian.

"Kedua-dua mereka (dari kawasan yang berlainan) berada di luar rumah saya ketika kucing saya pulang. Jadi pengawal untuk memastikan kucing saya balik. Saya sangat tersentuh," ciapnya.

Rata-rata netizen tersentuh dengan kisah unik itu dan kagum kerana tidak menyangka dua kucing itu memahami luahan Lisa dan berjaya menemui rumahnya serta membawa kucingnya pulang dengan selamat.

Artikel Berkaitan:

“Kucing terbukti memahami manusia cuma mereka tidak begitu peduli akan kita sahaja," tulis @wanirsyad13.