Ruang Q4 KLIA2 dah tiada lebah!

No Image Caption
A
A
A

SEPANG - Ruang Bay Q4 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang dipenuhi lebah seperti tular di media sosial sejak kelmarin, akhirnya bebas daripada serangga berkenaan malam tadi.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata, lebah tersebut dihalau pasukan kawalan serangga kira-kira jam 8 malam tadi.

Katanya, sebagai pengendali lapangan terbang, menjadi keutamaan syarikat itu untuk memastikan keselamatan penumpang dan komuniti di lapangan terbang sebagai keutamaan.

"Cerita tentang lebah yang hinggap di KLIA2 semalam (kelmarin) sudah berjaya diselesaikan oleh pasukan kawalan serangga kira-kira jam 8 malam," katanya menerusi Twitter syarikat itu semalam.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menggelar KLIA2 sebagai zoo selepas sekumpulan lebah dikesan membuat sarang di tingkap sebuah bangunan di lapangan terbang itu.

Beliau turut berkongsi gambar lebah yang didakwa dirakamkan di KLIA2 di Twitter peribadinya.

Artikel Berkaitan: