10 maut bangunan runtuh di Kemboja

Anggota penyelamat menjalankan usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Kemboja. - Foto: Agensi
Anggota penyelamat menjalankan usaha mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Kemboja. - Foto: Agensi
A
A
A

PHNOM PENH - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 23 lagi cedera selepas sebuah bangunan runtuh di bandar Kep, kira-kira 160 kilometer dari ibu negara Kemboja hari ini.

Gabenor Kep, Ken Satha berkata, jumlah sebenar mangsa terperangkap masih belum dapat dipastikan namun pihak berkuasa telah menahan dua rakyat tempatan yang juga pemilik bangunan tersebut.

"Lima mayat berjaya dibawa keluar dan lima lagi masih berada di bawah runtuhan bangunan," kata Ken Satha.

Menurut perdana Menteri, Hun Sen, pasukan penyelamat masih berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang dilaporkan hilang akibat kejadian tersebut.

"Setakat jam 4 pagi (waktu tempatan), kru kecemasan masih berusaha mengeluarkan konkrit, memotong besi untuk menyelamatkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Difahamkan, pembinaan di Kemboja kini semakin meningkat dalam usaha menampung kehadiran pelancong dan pelabur China. - Agensi

Artikel Berkaitan: