Kerajaan umum pakej internet khas untuk rider p-hailing esok

Fahmi (kanan) ketika mendengar keluhan salah seorang penunggang p-hailing, Nazirul. Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (kanan) ketika mendengar keluhan salah seorang penunggang p-hailing, Nazirul. Foto Facebook Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan mengumumkan pakej internet khas dengan tawaran diskaun istimewa khusus untuk semua penunggang p-hailing di seluruh negara pada Selasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengumuman itu dibuat susulan proses perbincangan bersama dengan semua syarikat telco bagi membantu golongan penunggang p-hailing di negara ini.

“Saya faham sepenuhnya bahawa sebagai syarikat swasta, rundingan ini bukanlah sesuatu yang mudah.

“Syukur Alhamdulillah, saya bakal mengumumkan pakej ini esok, 23 Januari 2024. Kerajaan memahami kesusahan abang-abang ‘riders’ (penunggang) kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat,” katanya dalam siaran di Facebook rasmi beliau pada Isnin.

Fahmi (tengah) dalam proses perbincangan bersama syarikat-syarikat telco. Foto Facebook Fahmi Fadzil
Fahmi (tengah) dalam proses perbincangan bersama syarikat-syarikat telco. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Ujar beliau, ia merupakan satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing.

“Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kami semua selama ini. Kerajaan Madani mendengar keluhan anda dan kami harap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan dan membantu anda dalam menjalankan tugas setiap hari.

“Saya sedar, 'riders' merupakan tulang belakang industri makanan dan minuman (F&B) dan merupakan barisan hadapan semasa Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

Artikel Berkaitan:

“Peranan mereka amat penting dalam memudahkan urusan harian kita setiap hari,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Fahmi, beliau sempat berbual dan mendengar luahan salah seorang pekerja p-hailing yang dikenali dengan nama Nazirul, berdepan dengan cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga pada masa kini.

“Ceritanya kepada saya, beliau seorang ayah kepada dua orang anak yang masih kecil. Pendapatannya kira-kira RM4,000 sebulan dan isterinya pula tidak bekerja.

“Lebih menyedihkan lagi, dah dua bulan beliau tak mampu bayar bil telefon. Ada masa terpaksa pinjam RM200 duit rakan semata-mata nak bayar bil, memandangkan kegunaan telefon adalah keperluan paling penting bagi seorang 'rider'.

“Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran yang dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hamper 40 minit, tercetus idea untuk melakukan sesuatu bagi membantu komuniti riders kita,” ulasnya.

Tambahnya, penunggang p-hailing merupakan tulang belakang industri makanan dan minuman (F&B) dan merupakan barisan hadapan semasa Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

“Peranan mereka amat penting dalam memudahkan urusan harian kita setiap hari,” menurutnya.