Terpulang kepada PM tentukan pengganti Maszlee: Wan Azizah

Wan Azizah (empat dari kanan) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kiri) mengiringi calon Parti Warisan Datuk Karim Bujang ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir Beaufort hari ini.- Foto: Bernama
Wan Azizah (empat dari kanan) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kiri) mengiringi calon Parti Warisan Datuk Karim Bujang ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir Beaufort hari ini.- Foto: Bernama
A
A
A

BEAUFORT - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menentukan pengganti Dr Maszlee Malik.

Dr Wan Azizah berkata, beliau sendiri tidak dapat memberi bayangan individu bakal menerajui Kementerian Pendidikan, selepas bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan dua hari lepas.

“Itu (pengganti Maszlee) terpulang pada PM (Perdana menteri) untuk tentukan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Membakut, dekat sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya pulangkan jawatan ini kepada Perdana Menteri..'

Majlis Presiden PH tidak bincang rombakan Kabinet, kata Salahuddin

Khamis lalu, Maszlee mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa semalam.

Dr Wan Azizah berkata, beliau menghormati keputusan diambil Maszlee sambil menghargai segala sumbangan diberikan bekas menteri itu selama menerajui Kementerian Pendidikan.

“Maszlee adalah rakan saya dalam Kabinet. Saya menghargai sumbangan beliau dan beliau adalah ahli akademik yang cuba membuat reformasi dalam satu kementerian besar,” katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, lawatannya ke JKM Membakut bertujuan meninjau operasi serta melihat keperluan yang perlu ditambah baik ke arah mempertingkatkan lagi perkhidmatan jabatan berkenaan di kawasan itu.

Justeru, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, kajian menyeluruh akan dilakukan bagi mengatasi perkara itu bukan sahaja untuk kawasan Membakut tetapi juga di daerah lain di Sabah.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau berkata, sejumlah RM4.2 juta bantuan disalurkan JKM Membakut kepada golongan memerlukan termasuk warga emas, kanak-kanak, pesakit kronik dan orang kelainan upaya (OKU) sepanjang tahun lepas. - Bernama