5 maut dalam kejadian tembakan di Sri Lanka

Lima terbunuh dalam kejadian tembakan di Beliatta di selatan wilayah Sri Lanka pada Isnin. Foto hiasan
Lima terbunuh dalam kejadian tembakan di Beliatta di selatan wilayah Sri Lanka pada Isnin. Foto hiasan
A
A
A

COLOMBO - Lima orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Beliatta di selatan wilayah Sri Lanka pada Isnin, lapor Xinhua memetik kenyataan polis.

Jurucakap polis Nihal Thaiduwa berkata, kejadian itu berlaku dekat persimpangan Beliatta di Southern Expressway.

Empat maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia setibanya di hospital.

Beliau berkata, insiden berlaku kira-kira jam 7.45 pagi (0215 GMT) apabila satu kumpulan yang tidak dikenali melepaskan tembakan daripada kenderaan yang mereka naiki ke arah satu lagi kumpulan yang menaiki sebuah jip.

Polis percaya tembakan itu dilakukan oleh kumpulan penjenayah terancang.

Sri Lanka melancarkan operasi membanteras aktiviti pengedaran dadah dan jenayah terancang sejak 17 Disember dengan lebih 40,000 suspek ditahan sehingga minggu lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: