Tiga maut dalam insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok

Sebuah ambulans kelihatan di luar Siam Paragon Mall di Bangkok berikutan insiden tembakan di pusat beli-belah itu. - Foto AFP
Sebuah ambulans kelihatan di luar Siam Paragon Mall di Bangkok berikutan insiden tembakan di pusat beli-belah itu. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Sekurang-kurangnya tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan bahawa mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Tangkap layar video yang dikongsi pengguna media sosial memaparkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok. - Foto AFP
Tangkap layar video yang dikongsi pengguna media sosial memaparkan orang ramai berlari keluar dari pusat beli-belah Siam Paragon Mall di Bangkok. - Foto AFP

Bangkok Post melaporkan bahawa unit tindakan khas polis Thailand telah bertindak untuk mengesan suspek.

Suspek cuba melarikan diri ke sebuah hotel berhampiran dan polis bertindak mengepung hotel berkenaan, sebelum suspek menyerah diri kira-kira jam 5.10 petang. - Bernama

Polis bersenjata berjalan di sepanjang bahagian luar Siam Paragon Mall di Bangkok berikutan insiden tembakan di pusat beli-belah itu. - Foto AFP
Polis bersenjata berjalan di sepanjang bahagian luar Siam Paragon Mall di Bangkok berikutan insiden tembakan di pusat beli-belah itu. - Foto AFP

Artikel Berkaitan: