Cameron Diaz umum kelahiran bayi perempuan

Foto Instagram Cameron Diaz
Foto Instagram Cameron Diaz
A
A
A

PELAKON terkenal Hollywood, Cameron Diaz dikurniakan bayi perempuan yang diberikan nama Raddix Madden.

Memetik Astro Awani, berita gembira tersebut dikongsi menerusi laman Instagram peribadi Diaz, 47, yang juga bekas bintang Charlie's Angels dan suaminya Benji Madden, 40.

“Selamat tahun baru daripada keluarga Madden! Kami sangat gembira dan bersyukur untuk memulakan dekad baharu ini dengan mengumumkan kelahiran anak perempuan kami, Raddix Madden.

“Raddix telah memikat hati kami dan melengkapkan keluarga kami,” katanya.

Raddix merupakan anak pertama buat pasangan tersebut yang mengikat tali perkahwinan sejak tahun 2015.

Pasangan yang jarang berkongsi kehidupan peribadi berkata, mereka tidak akan memuat naik sebarang gambar atau maklumat mengenai cahaya mata mereka.

“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita ini tetapi kami ingin melindungi privasi anak kecil kami.

“Oleh itu, kami tidak akan memuat naik gambar atau berkongsi maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

“Apa yang boleh kami katakan adalah dia sangat comel,” tambah mereka.

Memetik laporan Daily Mail, Diaz kelihatan langsing dengan mengenakan jean ‘high-waisted’ pada 22 November lalu sekali gus membuktikan bahawa pasangan itu berkemungkinan menggunakan bantuan ibu pengganti ataupun mengambil anak angkat.