Angkasa mahu media jadi rakan strategik sebar maklumat koperasi


Abdul Fattah (dua dari kanan) beramah-mesra bersama pengamal media yang menyertai Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bandar Sunway pada Ahad.
Abdul Fattah (dua dari kanan) beramah-mesra bersama pengamal media yang menyertai Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bandar Sunway pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mahu media terus menjadi rakan strategik dalam usaha membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat mengenai kebaikan sebagai ahli koperasi.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, gerakan koperasi mampu memainkan peranan sebagai agenda ekonomi rakyat dan wahana pembangunan sosio-ekonomi utama negara seiring dengan hasrat dan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menghargai usaha media yang menjadi perantara Angkasa dengan masyarakat.

"Media memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi, menyebarkan maklumat dan membentuk pandangan serta peningkatan penghayatan prinsip koperasi melalui liputan berita, analisis mahu pun rencana yang dihasilkan," katanya pada Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bandar Sunway pada Ahad.

Sehubungan itu, Abdul Fattah memberitahu, kerjasama strategik antara kedua-dua pihak itu perlu diteruskan agar maklumat dan informasi dapat disalurkan kepada koperasi dan masyarakat dengan pantas agar keyakinan terhadap institusi ini dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.


Abdul Fattah membuat baling perasmian Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bandar Sunway pada Ahad.
Abdul Fattah membuat baling perasmian Pertandingan Boling Persahabatan Angkasa dan Media 2024 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid Bandar Sunway pada Ahad.

Beliau memberitahu, tanpa sokongan pengamal media sudah pasti sukar Angkasa berkongsi maklumat secara menyeluruh sama ada dengan masyarakat, pelanggan, pihak industri dan pemegang taruh baik dalam negeri mahu pun di peringkat antarabangsa.

"Angkasa berharap hubungan dan kerjasama ini akan kekal berterusan dan diperkukuhkan pada masa akan datang melalui aktiviti bersama dalam usaha mencapai hasrat murni menyebar luas maklumat mengenai koperasi sebagai wadah perjuangan ekonomi mapan kepada masyarakat dan negara," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, Angkasa sentiasa proaktif menyalurkan maklumat untuk meningkatkan keterlibatan koperasi dalam aktiviti perniagaan berimpak tinggi dan berdaya saing untuk memberi manfaat secara terus kepada anggotanya dan masyarakat menerusi pelbagai projek perniagaan seperti Projek Barang Asas 100 (BA100), ternakan lembu tenusu Heifer's Park Coopfarmasi, Coopumrah dan lain-lain.

Mengulas mengenai pertandingan boling persahabatan itu,Abdul Fattah berkata, aktiviti itu sudah menjadi acara tahunan bagi menghargai peranan besar disumbangkan pengamal media dalam usaha meningkatkan kesedaran umum mengenai usaha membangunkan taraf sosio-ekonomi rakyat dan juga negara melalui platform koperasi.


Abdul Fattah bergambar bersama-sama peserta yang menyertai pertandingan berkenaan.
Abdul Fattah bergambar bersama-sama peserta yang menyertai pertandingan berkenaan.

Jelas beliau, seramai 72 peserta membabitkan 24 pasukan daripada pelbagai agensi media menyertai pertandingan terbabit

"Setiap pasukan berentap dalam tiga pusingan bagi merebut hadiah wang tunai dan trofi jatuhan pin terbanyak kategori lelaki dan perempuan dan pemain terbaik serta cabutan bertuah.

"Sempena ulang tahun ke 10, MyAngkasa Amanah Bhd (MAAB) telah menyalurkan baucar tunai RM500 kepada setiap peserta dengan jumlah keseluruhan RM45,000," tambahnya.

.