Manfaatkan pendapatan 'influencer' buka kafe


Nur Nadhirah (tengah) di hadapan kafe miliknya.
Nur Nadhirah (tengah) di hadapan kafe miliknya.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Bermula dengan hasil menyimpan wang menerusi pendapatan sebagai pencipta kandungan (content creator) YouTube, Nur Nadhirah Rosdi kini berjaya membuka sebuah kafe jenama sendiri diberi nama Drah Eyra Cafe.

Nur Nadhirah yang berusia 20-an itu berkata, duit yang disimpan sejak beberapa tahun lepas membuktikan bahawa pendapatan diterima sebagai pempengaruh media sosial tidak disia-siakan untuk membeli barangan mewah sebaliknya digunakan sebagai pelaburan pada masa hadapan.

Nur Nadhirah
Nur Nadhirah

"Saya mula membuka kafe ini dengan menggunakan modal sendiri iaitu berjumlah RM50,000. Saya kumpul duit sebanyak itu menerusi hasil simpanan berdasarkan pendapatan diperoleh menerusi saluran YouTube milik saya.

"Jadi hasil tabungan tersebut, saya gunakan untuk membuka sebuah kafe. Alhamdulillah... kafe ini dibuka pada November lepas dan ia mendapat sambutan daripada pengunjung.

"Kafe yang sudah beroperasi lebih dua bulan ini terletak di lokasi yang betul-betul strategik di tengah bandar Kuala Terengganu selain berhampiran dengan lokasi tumpuan pelancongan seperti Pasar Payang, Pantai Batu Buruk dan Drawbridge," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Nur Nadhirah berkata, dia memanfaatkan bakatnya yang mahir dalam permainan video dengan berkongsi pengalamannya bermain permainan tersebut kepada peminat di luar sana menerusi saluran YouTube diberi nama Drah_Eyra.

Katanya, saluran Youtube miliknya itu setakat ini mempunyai lebih 590,000 'subscriber' serta meraih jumlah lebih 101 juta tontonan untuk keseluruhan video.

Artikel Berkaitan:


Nur Nadhirah (kiri) bersama penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Nur Nadhirah (kiri) bersama penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus.

Justeru, Nur Nadhirah menyatakan kejayaan membuka kafe tersebut membuktikan bahawa duit yang dijana menerusi akaun YouTube miliknya digunakan untuk mengubah nasib diri dengan mengusahakan perniagaan makanan.

Pempengaruh media sosial terkenal itu juga berkata, idea untuk membuka kafe tersebut tercetus apabila memudahkan urusan 'meet and greet' bersama peminat dari seluruh negara.

"Ada peminat-peminat jauh yang menghubungi saya untuk bertemu setiap kali datang ke Kuala Terengganu.

"Jadi saya gunakan peluang ini untuk membuka sebuah kafe di mana memudahkan peminat datang bertemu dengan saya serta mengadakan acara majlis pertemuan bersama peminat," ujarnya.


Antara menu paling laris dan mendapat sambutan di Drah Eyra Cafe
Antara menu paling laris dan mendapat sambutan di Drah Eyra Cafe

Mengulas lanjut, Nur Nadhirah berkata, sambutan diterima sangat baik kerana ia bukan sahaja menarik kedatangan penduduk setempat malah pengunjung dari luar Terengganu juga sanggup singgah di kafe berkenaan yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Katanya, pelbagai jenis makanan dan minuman menarik serta unik dijual termasuk makanan barat, kek dan sebagainya.

Dalam pada itu, Nur Nadhirah berkata, golongan muda perlu mengambil peluang untuk menerokai sesuatu bidang baharu meskipun mengorbankan masa dan tenaga.


Nur Nadhirah kini berjaya membuka sebuah kafe jenama sendiri diberi nama Drah Eyra Cafe.
Nur Nadhirah kini berjaya membuka sebuah kafe jenama sendiri diberi nama Drah Eyra Cafe.

"Nasihat saya kepada anak muda supaya tidak sia-siakan duit yang disimpan dengan membeli barangan mewah dan sebagainya.

"Segala peluang kita dapat itu kalau boleh ambil gunakan sebaik mungkin terutama duit yang dijana itu disimpan atau digunakan untuk pelaburan pada masa hadapan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!