Pilpres 2024: Indonesia nilai cuti menteri untuk kempen pilihan raya

Calon dan naib presiden bergambar semasa debat pertama di Jakarta. - AFP
Calon dan naib presiden bergambar semasa debat pertama di Jakarta. - AFP
A
A
A

MALANG - Kerajaan sedang menilai cuti menteri untuk berkempen semasa pilihan raya mengelak prestasi Kabinet Indonesia Maju terjejas, lapor Antara.

Naib Presiden Indonesia, Ma'ruf Amin berkata, Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah mengeluarkan Peraturan Pemerintah (PP) Nombor 53 tahun 2023 bagi mengatur cuti menteri dan ketua daerah semasa kempen pemilihan 2024.

"Peraturan itu membolehkan mereka bercuti semasa kempen. Bagaimanapun, prestasi mereka perlu bagus dan keputusan peraturan ini akan dinilai," katanya.

Ma'ruf menambah, penilaian ini penting babgi memastikan prestasi di tengah-tengah tekanan politik semasa.

"Adakah ada pengaruhnya kerana ramai menteri menjadi presiden dan nain presiden atau menjadi pasukan sebuah pasukan berjaya? Saya belum menerima sebarang laporan.

Mengenai spekulasi mengenai peletakan jawatan beberapa menteri dalam Kabinet, Naib Presiden berkata, ia tidak benar.

“Setahu saya, tidak ada isu dalaman dalam Kabinet,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, semua menteri dalam Kabinet terus bekerja dan menunjukkan prestasi yang baik pada beberapa mesyuarat kerja.

Artikel Berkaitan:

Ketika perbincangan di Jakarta suatu ketika dahulu, pakar ekonomi kanan, Faisal Basri berkata Menteri Kewangan, Sri Mulyani Indrawati adalah menteri yang paling bersedia untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet.

Bagaimanapun, selepas pertemuan presiden, Indrawati menyangkal khabar angin itu. - Agensi