Dua gol Aymen bikin Jepun 'terciduk' di Qatar 2023

Aymen meraikan jaringan bersama pemain Iraq lain selepas meldak gol kedua pasukan ketika berdepan Jepun dalam aksi Kumpulan D di Stadium Education City, Al-Rayyan. Foto AFP
Aymen meraikan jaringan bersama pemain Iraq lain selepas meldak gol kedua pasukan ketika berdepan Jepun dalam aksi Kumpulan D di Stadium Education City, Al-Rayyan. Foto AFP
A
A
A

[DIKEMAS KINI] Juara 2007, Iraq mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 selepas mengejutkan Jepun, 2-1 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Education City, Ar-Rayyan pada Jumaat.

Skuad kendalian, Jesus Casas tampil garang selepas menyingkap saingan dengan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia di Stadium Ahmed bin Ali pada 15 Januari.

Aymen Hussein yang beraksi untuk kelab liga Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya muncul wira buat pasukannya apabila meledak dua gol bagi menumbangkan juara empat kali itu.

Gol pertama Iraq terhasil menerusi sentuhan Aymen yang menewaskan penjaga gol The Blue Samurai, Zion Suzuki pada minit kelima.

Aymen sekali lagi menampilkan kewibawaannya apabila meledak gol kedua selepas menyudahkan hantaran Ahmed Al-Hajjaj pada minit ke-49.

Blue Samurai yang membelasah Vietnam 4-2 dalam aksi pertama di Stadium Al Thumama, 14 Januari lalu kembali memperkemaskan permainan pada separuh masa kedua dengan menggandakan asakan bagi mengurangkan defisit.

Bagaimanapun, keampuhan benteng Iraq berjaya menyerap asakan Jepun sehingga bintang Liverpool, Wataru Endo mengurangkan defisit dengan gol minit ke-93.

Kemenangan itu membolehkan Iraq mengiringi Qatar dan Australia ke pusingan 16 terbaik dengan berbaki satu perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Perlawanan terakhir kumpulan bakal menyaksikan Iraq berdepan Vietnam kendalian Philippe Troussier di Stadium Jassim Bin Hamad pada 24 Januari ini.

Sementara itu, Jepun kendalian, Hajime Moriyasu pula berdepan Indonesia yang dikemudi Shin Tae-yong di Stadium Al Thumama hari sama.