Betamek terus operasi walaupun SPRM panggil Mirzan Mahathir

Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif. Foto Website Betamek
Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif. Foto Website Betamek
A
A
A

KUALA LUMPUR - Betamek Bhd meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa walaupun Pengarah Urusannya, Mirzan Mahathir dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu satu siasatan.

"Kami mahu mengumumkan bahawa siasatan terbabit tiada kaitan dengan Betamek.

"Berikutan itu, Betamek beroperasi seperti biasa tanpa menjejaskan pengeluaran dan penyampaian produk Betamek kepada para pelanggan kami,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM ambil keterangan anak bekas Perdana Menteri

SPRM serah notis kepada anak Tun M isytihar aset

Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif.

Mengikut laporan tahunan syarikat itu bagi 2023, Mirzan adalah pemegang saham utama Betamek dengan 72.03 peratus kepentingan menerusi pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd.

Dalam kenyataan semalam, SPRM berkata, pihaknya telah menyerahkan satu perintah notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih dalam pegangannya.

Artikel Berkaitan:

Aset-aset berkenaan sama ada di dalam atau luar negara, perlu diisytiharkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan, kata suruhanjaya itu.- Bernama