Seorang maut nahas lori muatan ikan, makanan ringan

Keadaan lokasi kejadian selepas nahas di KM234.7 Lebuhraya Plus arah Utara pada Khamis.
Keadaan lokasi kejadian selepas nahas di KM234.7 Lebuhraya Plus arah Utara pada Khamis.
A
A
A

REMBAU - Seorang maut, dua terselamat dengan seorang daripadanya cedera selepas lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 234.7 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi, Zaini Saleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.42 petang sebelum seorang pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat diarahkan ke lokasi di bantu pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Melaka.

"Kemalangan melibatkan sebuah treler membawa muatan makanan ringan dengan sebuah lori 10 tan muatan ikan.

"Terdapat tiga orang mangsa lelaki berumur antara 35 hingga 45 tahun. Seorang daripadanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, dalam kemalangan terbabit seorang mangsa selamat manakala seorang lagi cedera telah diserahkan kepada KKM manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada jam 4 petang tadi memaklumkan lorong kiri dan lorong tengah masih tertutup serta trafik bergerak perlahan sejauh lebih 11 kilometer.

Dalam pada itu, laporan lanjut berhubung kejadian ini daripada pihak polis akan menyusul.

Artikel Berkaitan: