BATC 2024: Malaysia sasar separuh akhir

Setiausaha Agung Badminton Asia yang juga Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh (tiga kanan) selepas sidang akhbar Kejohanan Berpasukan Badminton Asia Selangor 2024 di sebuah hotel di Setia Alam pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) dilihat selesa memilih jalan selamat apabila menyasarkan aksi separuh akhir buat skuad pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Shah Alam bermula 13 hingga 18 Februari ini.

Ia merupakan langkah awal sebelum Malaysia terutama pasukan lelaki memburu kejuaraan sekali gus mempertahankan gelaran yang diraih pada edisi dua tahun lalu di venue sama iaitu Pusat Konvensyen Setia City (SCCC).

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, BATC merupakan pentas kelayakan ke Piala Thomas dan Uber yang dijadual berlangsung di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei depan.

“Saya fikir pada masa ini kita sasar berada dalam kelompok empat terbaik dulu dan saya percaya pasukan akan lihat ia sebagai satu proses.

“Penting buat kita layak secara merit... sudah pasti, kalau boleh kita nak (layak) secara merit,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Khamis.

Setiausaha Agung Badminton Asia yang juga Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Kenny Goh (empat, kiri) selepas sidang akhbar Kejohanan Berpasukan Badminton Asia Selangor 2024 di sebuah hotel di Setia Alam pada Khamis. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Malaysia mengungguli kejohanan edisi 2022 selepas menewaskan Indonesia 3-0 di perlawanan akhir.

Dalam pada itu Kenny menjelaskan bahawa Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky dalam proses membuat penilaian pemain untuk menyertai BATC.

Artikel Berkaitan:

“Buat masa ini, masih dalam perbincangan. Rexy sebagai pengarah kejurulatihan mungkin ada perancangan, jadi kami masih menunggu daripadanya mengenai pemain yang akan beraksi di BATC nanti,” katanya.

Selain pentas kelayakan ke saingan Piala Thomas dan Uber 2024, BATC menawarkan mata mata ranking bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Kejohanan di bawah kendalian Badminton Asia itu mempertandingkan saingan berpasukan lelaki yang bakal menyaksikan penyertaan 15 pasukan.

Ia melibatkan penyertaan China, Jepun, Indonesia dan Malaysia yang disenaraikan sebagai empat pasukan teratas diikuti India, Taiwan, Thailand, Korea Selatan, Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kazakhstan, Arab Saudi, Myanmar dan Brunei.

Kategori wanita pula menampilkan 11 pasukan iaitu China, Jepun, Thailand, juara bertahan Indonesia, Taiwan, India, Malaysia, Hong Kong, China, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kazakhstan.