Kenderaan MB Selangor kena saman MBSJ

Tangkap layar hantaran Amirudin di aplikasi X pada Khamis.
Tangkap layar hantaran Amirudin di aplikasi X pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan kenderaan miliknya disaman Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 4 Januari lalu.

Beliau yang memuat naik tangkap layar notis saman itu di aplikasi X bagaimanapun berkata, saman sebanyak RM80 itu telah selesai dibayar setelah ia dikeluarkan lebih dua minggu lalu.

“Tiba tiba dapat pesanan ringkas, notis saman parkir dari @SJcitycouncil. Saya klik ke pautan dan kurang 5 minit dapat selesaikan bayaran.

“Semenjak 2019 hampir semua PBT (pihak berkuasa tempatan) smart parking dan bayaran juga boleh dilaksana dalam talian,” katanya di aplikasi media sosial itu pada Khamis.

Dalam pada itu, Amirudin turut menasihatkan orang ramai agar membayar kompaun saman kereta masing-masing.

“Ingat dapat notis saman klik bukan call Dato Bandar minta waive,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Sementara itu, berdasarkan laman web MBSJ, kadar yang dibayar oleh Amirudin merangkumi kadar caj kompaun trafik dan clamping iaitu kompaun RM20, clamping RM50 dan caj perkhidmatan RM10.

Artikel Berkaitan: