[VIDEO] LKTN rampas 21 tan tembakau virginia bernilai RM650,000

A
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) berjaya merampas tembakau jenis virginia seberat 21 tan bernilai RM650,000 di sebuah premis di Pengkalan Lahat, Ipoh, Perak pada 3 Januari lalu.

Nilai rampasan terbabit adalah yang terbesar pernah dibuat sepanjang tiga tahun lepas iaitu pada 2022 berjumlah RM111,421.74 dan 2023 pula RM291,133.75.

Zailani (tengah) memeriksa bahan rampasan.
Zailani (tengah) memeriksa bahan rampasan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi), Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan awal mendapati tembakau itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran melalui negeri utara untuk dipasarkan kepada pengilang tempatan.

"Kualiti tinggi yang ada pada jenis tembakau virginia ini menyebabkan bahan mentah itu menjadi pilihan utama.

"Ia dijual pada harga RM30 sekilogram, dan kelebihan tembakau ini adalah semakin lama ia disimpan kualitinya semakin meningkat," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat LKTN di sini pada Khamis.

Kualiti tinggi yang ada pada jenis tembakau virginia ini menyebabkan bahan mentah itu menjadi pilihan utama.
Kualiti tinggi yang ada pada jenis tembakau virginia ini menyebabkan bahan mentah itu menjadi pilihan utama.

Menurut beliau, rampasan itu dibuat hasil intipan selama seminggu yang dilakukan oleh anggota penguat kuasa LKTN terhadap premis yang dimiliki oleh seorang lelaki berusia 40-an.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, lokasi tersebut turut dijadikan transit kepada bahan mentah itu sebelum diedarkan secara tidak sah.

Zailani memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 51 (1) Aka LKTN 2009 (Akta 692).

"Dalam operasi ini kami turut bekerjasama dengan pihak kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) dan PGA (Pasukan Gerak Am) serta polis.

Operasi turut melibatkan kerjasama LKTN dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasukan Gerak Am dan polis.
Operasi turut melibatkan kerjasama LKTN dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pasukan Gerak Am dan polis.

"LKTN memandang serius terhadap kesalahan yang melibatkan aktiviti tidak sah seperti menyimpan, memiliki dan memindahkan stok tembakau tanpa kelulusan," katanya.

Menurut beliau, tindakan risikan dan operasi (RO) akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan sebarang tindakan yang menyalahi AKTA LKTN 2009 (Akta 692) akan dibanteras secara konsisten.

Zailani (kanan) menunjukkan tembakau yang dirampas semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat LKTN di Kota Bharu pada Khamis.
Zailani (kanan) menunjukkan tembakau yang dirampas semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat LKTN di Kota Bharu pada Khamis.