Gangguan bekalan air di Kelantan ditangguh

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gangguan bekalan air di Kelantan yang dijadualkan bermula semalam hingga hingga 15 Februari 2024 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Menurut kenyataan dikeluarkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), ia susulan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong Machang yang ditangguhkan.

Sebelum ini, AKSB mengeluarkan kenyataan bahawa empat jajahan di Kelantan terlibat, iaitu Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu Selatan dan Kota Bharu Timur yang bakal menjejaskan keseluruhan 32,015 akaun pengguna.

Kenyataan dikeluarkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)
Kenyataan dikeluarkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB)

Ia susulan kerja-kerja pembaikan Tangki Clarifier di LRA Merbau Chondong yang dijadualkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut laporan, sepanjang tempoh berkenaan, para pelanggan dijangka mengalami gangguan kualiti air sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Justeru sebarang maklumat lanjut berkaitan gangguan bekalan air di kelantan, boleh hubungi talian PINTAS di talian 15777 dan Whatsapp ke nombor 019-575 5777.

Pengguna juga dinasihatkan memuat turun Aplikasi MyAKSB di platform tersedia dalam talian. - Awani

Artikel Berkaitan: