Penganggur pecah rumah, curi kereta diberkas

Polis menahan suspek kes pecah rumah dan curi kenderaan selain merampas pelbagai barang, pada Selasa.
Polis menahan suspek kes pecah rumah dan curi kenderaan selain merampas pelbagai barang, pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di Bandar Baru Ampang di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, satu laporan diterima pihaknya daripada seorang kontraktor berusia 28 tahun pada 7.30 pagi, Isnin.

Katanya, pengadu melihat pintu hadapan rumah dan pintu jeriji besi dalam keadaan terbuka sebelum mendapati kereta Proton Saga,

beg dompet mengandungi dokumen penting dan wang tunai telah tiada.

"Bertindak hasil maklumat, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun pada 7 petang, keesokan harinya (Selasa) di Bandar Baru Ampang.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan ampethamine selain mempunyai 15 rekod lampau jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, polis turut merampas kereta Proton Saga, kunci kereta, pelbagai jenis kunci, tujuh gulung wayar dan satu dompet mengandungi dokumen.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah bagi tujuan melakukan curi dan Seksyen 379A KK atas kesalahan mencuri kenderaan.

Artikel Berkaitan: