Tiada unsur jenayah kes kematian tiga beranak di Ampang - Polis

Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Hussein Omar Khan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil: Hussein Omar Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hasil siasatan awal polis mendapati kes kematian tiga beranak di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Ampang dekat sini pada Khamis lalu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis juga menemui petunjuk baharu kes itu antaranya sekeping nota bunuh diri yang di dalamnya tertulis senarai nama pemiutang.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan memanggil majikan dan ahli keluarga terdekat mangsa bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

"Proses bedah siasat telah selesai dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui dan polis masih menunggu laporan daripada ujian toksikologi (bagi mengkaji kehadiran ubat atau bahan kimia tertentu dalam badan),” katanya pada Isnin

Dalam kejadian itu, seorang ibu berusia 42 tahun dan dua anaknya, perempuan dan lelaki masing-masing berusia berumur 14 dan 15 tahun ditemukan mati di sebuah bilik di pangsapuri tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Ibu, dua anak ditemui mati dalam rumah

Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah