Khalil Khamis terajang kepala pemain China

Khalil Khamis melakukan terjahan al kung fu ke atas pemain China, Dai Wai Tsun. Foto: Agensi
Khalil Khamis melakukan terjahan al kung fu ke atas pemain China, Dai Wai Tsun. Foto: Agensi
A
A
A

SUDAHLAH harapan China pada Piala Asia semakin pudar, terjahan ala kung fu pemain Lubnan, Khalil Khamis ke atas Dai Wai Tsun pula tidak diberikan sebarang hukuman oleh pengadil perlawanan.

Sebaliknya, pengadil dari Korea Selatan, Ko Hyung-jin memberikan sepakan percuma kepada Lubnan kerana beberapa pemain China sudah berada dalam kedudukan ofsaid.

Akibat terjahan kasar dan berbahaya itu, muka Wai Tsun mengalami kecederaan akibat terkena geseran 'stud' logam dari but yang dipakai Khalil.

Wai Tsun bagaimanapun berjaya melengkapkan 90 minit perlawanan yang menyaksikan China melakar keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan berturut-turut.

Pada perlawanan pertama Kumpulan A Sabtu lalu, China diikat 0-0 ketika menentang Tajikistan.

Tuan rumah Qatar mengungguli Kumpulan A dengan tiga mata dan bermain kurang satu perlawanan, manakala China dua mata diikuti Tajikistan dan Lubnan masing-masing satu mata.

Hanya dua pasukan teratas memastikan tempat ke pusingan kalah mati dan ini satu lagi tamparan buat bola sepak China, yang dikejutkan dengan skandal rasuah serta mengatur perlawanan.

China berdepan Qatar pada perlawanan terakhir mereka pada Isnin depan.

Artikel Berkaitan: