Bahrain congak resipi terbaik berdepan Malaysia

Pizzi. Foto Agensi
Pizzi. Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH Bahrain, Juan Antonio Pizzi menyifatkan aksi kedua Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 menentang Malaysia pada Sabtu bukan satu perlawanan yang mudah.

Ia susulan kedua-dua pasukan tewas dalam aksi pertama yang menuntut mereka untuk bangkit memburu kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Justeru, Pizzi akan mencongak resipi terbaik untuk meraih keputusan positif dalam aksi tersebut.

“Kami akan mencari jalan dan memikirkan sesuatu bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik pada perlawanan akan datang menentang Malaysia,” katanya.

Dalam aksi pertama, skuad Dilmun Warriors kalah 1-3 kepada pasukan Piala Dunia, Korea Selatan, manakala Malaysia yang dibimbing Kim Pan-gon kecundang 0-4 kepada Jordan.

Pizzi sedar ia bukan aksi yang mudah kerana Malaysia juga mahu mendapatkan tiga mata selepas skuad Harimau Malaya itu tewas dalam aksi pertama sekali gus perlawanan hujung minggu ini cukup menarik buat kedua-dua pasukan.

“Saya berpuas hati dengan semua pemain dan ini adalah tanggungjawab yang besar buat saya sebagai ketua jurulatih untuk memilih pemain terbaik.

“Sya rasakan kami sudah memilih pemain yang terbaik dari Liga Bahrain,” katanya

Artikel Berkaitan:

Mengulas pertemuan dengan Korea Selatan, Pizzi meletakkan pasukan tersebut pada satu tahap yang tinggi.

“Sangat sukar untuk mengurangkan dominasi teknikal mereka (pemain Korea) kerana ia meletihkan pemain ketika kami cuba untuk menyaingi mereka.

“Sememangnya mereka lebih baik daripada kami secara keseluruhan,” katanya.