Sediakan medium selamat lapor kes rasuah

Kerajaan perlu menyediakan satu medium yang selamat untuk orang awam membuat laporan berhubung kes rasuah berlaku di sekeliling mereka. Gambar kecil: Mohammad Amar
Kerajaan perlu menyediakan satu medium yang selamat untuk orang awam membuat laporan berhubung kes rasuah berlaku di sekeliling mereka. Gambar kecil: Mohammad Amar
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyediakan satu medium yang selamat untuk orang awam membuat laporan berhubung kes rasuah berlaku di sekeliling mereka.

Naib Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Kuala Lumpur dan Selangor, Mohammad Amar Masuri berkata, tindakan itu bagi menggalakkan masyarakat membuat laporan agar masalah itu dapat dibendung sepenuhnya.

"Undang-undang di Malaysia sudah cukup namun dari segi penguatkuasaan perkara tersebut masih lagi lemah.

"Oleh itu, ia perlu dilakukan secara besar-besaran dengan kerjasama daripada semua pihak termasuk masyarakat di negara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pada Selasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM18,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berumur lingkungan 30-an itu yang menyamar sebagai pegawai daripada Unit Risikan Bukit Aman meminta balasan untuk tidak mengambil tindakan bagi kes pengubahan wang haram terhadap mangsa.

Sumber itu berkata, suspek pertama ditahan kira-kira jam 5.10 petang semalam di sekitar ibu negara, manakala suspek kedua ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada jam 8.57 malam tadi.

Tambah Mohammad Amar, jika masalah rasuah tidak ditangani dengan baik, ia akan merosakkan negara dan memberi kesan kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Jangan pentingkan diri sendiri dengan melakukan rasuah. Rasuah ini sebenarnya adalah mengambil hak orang yang benar-benar layak.

"Kita risau ia akan menjadi budaya dan amalan dalam masyarakat," ujarnya.