X

Kindly register in order to view this article
!

Nor Yahati dilantik Ketua Pengarah Penyiaran baharu

Nor Yahati Awang -Foto Youtube OneNews
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik) Jabatan Penyiaran, Nor Yahati Awang dilantik sebagai Ketua Pengarah baharu jabatan itu berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mengumumkan pelantikan itu dalam kenyataan hari ini berkata, Nor Yahati menggantikan Abdul Muis Shefii yang bersara wajib.

Nor Yahati, 50, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari International University of Japan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 24 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional.

Nor Yahati juga pernah bertugas di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) sebelum berkhidmat di Bahagian Transformasi Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Gobind dalam pada itu berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Muis atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Pengarah Penyiaran.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!