Pengedar dadah warga Bangladesh ditahan

Antara dadah yang dirampas.
Antara dadah yang dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM66,879, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan polis pada jam 10.55 malam di tingkat satu di The Scott Garden.

"Kita merampas dadah jenis methampethamine anggaran berat 50.86 gram.

"Suspek kemudian telah membawa kita ke sebuah rumah kedai di lokasi sama dan menjumpai dadah jenis ketamin anggaran berat 385 gram.

"Nilai rampasan dadah keseluruhannya dianggarkan RM66,879," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian urin dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis methampethamine.

"Suspek ditahan reman 14 hari sehingga 14 Januari ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: