X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki maut tunggang motosikal lawan arus

A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung sebuah treler dalam kejadian di susur (Exit 307) Lebuh Raya Link Kedua di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa yang berusia 39 tahun itu dipercayai menunggang secara melawan arus sebelum terbabit dalam nahas itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal secara melawan arus sebelum bertembung dengan sebuah treler yang bergerak dari arah Lebuh Raya Link Kedua menghala ke Perling.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa parah di kepala, patah pada kedua-dua tangan dan kaki serta cedera pada bahagian badan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!