Lelaki maut motosikal dilanggar dari belakang

Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Yong Peng-Kluang di Kluang pada malam Ahad.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Yong Peng-Kluang di Kluang pada malam Ahad.
A
A
A

KLUANG - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 37, Jalan Yong Peng-Kluang di sini pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Assisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, kemalangan pada jam 11 malam itu mengakibatkan penunggang motosikal yang dikenali sebagai Kanthan, 50, meninggal dunia akibat cedera parah.

"Kemalangan melibatkan motosikal Modenas Kriss ditunggang mangsa dan sebuah kereta jenis Nissan Sentra.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kereta dari arah Paloh menghala ke Kluang melanggar motosikal tersebut dari arah belakang disebabkan kawasan kemalangan gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan.

"Penunggang motosikal cedera parah di badan dan meninggal dunia manakala pemandu kereta, Muhamad Firdaus, 32, tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.