Pingat keberanian bapa dipakaikan kepada anak

Fitzsimmons memakaikan pingat keberanian bagi perkhidmatan Geoffrey Keaton kepada anaknya, Harvey, kelmarin. - Agensi
Fitzsimmons memakaikan pingat keberanian bagi perkhidmatan Geoffrey Keaton kepada anaknya, Harvey, kelmarin. - Agensi
A
A
A

SYDNEY - Anak sukarelawan bomba yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk memadamkan kebakaran dipakaikan pingat keberanian semasa majlis pengebumian bapanya di New South Wales, Australia kelmarin.

Harvey Keaton, 19 bulan sewaktu dipakaikan pingat oleh Pesuruhjaya Bomba New South Wales, Shane Fitzsimmons dilihat mengenakan pakaian seragam bomba sambil menghisap puting getah dan ia menambahkan lagi suasana hiba hadirin.

Pada majlis itu, puluhan anggota bomba membentuk formasi bagi menghormati jasa dan keberanian Geoffrey Keaton, 32.

Majlis tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan beliau mengucapkan terima kasih atas pengorbanan dan khidmat Geoffrey.

Dalam kejadian 19 Disember lalu, Geoffrey dan rakannya, Andrew O'Dwyer meninggal dunia selepas trak yang dinaiki mereka dihempap pokok ketika dalam perjalanan memadamkan kebakaran di Green Wattle Creek berdekatan bandar Buxton. - Agensi

Artikel Berkaitan: