Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut

Anggota bomba menjalankan pemeriksaan melibatkan kereta milik mangsa setelah dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Setia Alam pada Sabtu.
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan melibatkan kereta milik mangsa setelah dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Setia Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dI Setia Alam di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 11.30 malam.

Anggota bomba menjalankan pemeriksaan melibatkan kereta milik mangsa setelah dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Setia Alam pada Sabtu.
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan melibatkan kereta milik mangsa setelah dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Setia Alam pada Sabtu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah kereta dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dan melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.

"Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

"Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: