Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiga lelaki didenda tipu cukai kereta import

16 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 JANUARI 2024

Tiga lelaki didenda RM10,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, pada Selasa atas kesalahan menggunakan dokumen palsu bagi melakukan penipuan dalam percukaian kereta mewah di Langkawi hingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit, lapor wartawan Sinar Harian Nurul Hidayah Hamid.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap tertuduh, Yeoh Ee Tat, Mohd Haiqal Mohd Sebrie, dan Teh Wei Li, selepas kesemua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, Ee Tat dari Kuah, Langkawi didakwa atas pertuduhan menggunakan surat akaun palsu bertarikh 26 Ogos 2018 di Pejabat Kastam Daerah Langkawi, Dermaga Tanjung Lembung di Langkawi pada 30 Ogos 2018.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644654/berita/semasa/tiga-lelaki-didenda-tipu-cukai-kereta-import

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PalsukanDokumen #KeretaImport