Warga emas rebah, meninggal dunia ketika berjoging

Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika berjoging dalam kejadian di Taman Riadah Dahliasari, Bandar Sungai Buaya, dekat sini pada Sabtu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Faizal)
Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika berjoging dalam kejadian di Taman Riadah Dahliasari, Bandar Sungai Buaya, dekat sini pada Sabtu. Gambar hiasan (Gambar kecil: Ahmad Faizal)
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika berjoging dalam kejadian di Taman Riadah Dahliasari, Bandar Sungai Buaya, dekat sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa merupakan pesara sebuah syarikat swasta berumur 75 tahun.

"Siasatan mendapati mangsa sedang berjoging di lokasi kejadian sebelum rebah kira-kira jam 8.40 pagi.

"Pemeriksaan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati mangsa telah meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian berkenaan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan sakit jantung," katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan: