JAS kesan pencemaran cecair berbahaya warna hijau

JAS Negeri Sembilan mengesan pencemaran cecair disyaki bahan berbahaya berdekatan premis Cypark dan Kualiti Alam, Seremban pada Jumaat. Foto JAS Negeri Sembilan
JAS Negeri Sembilan mengesan pencemaran cecair disyaki bahan berbahaya berdekatan premis Cypark dan Kualiti Alam, Seremban pada Jumaat. Foto JAS Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesan pencemaran cecair disyaki bahan berbahaya yang dilupus secara haram berdekatan premis Cypark dan Kualiti Alam di sini pada Jumaat.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, aduan mengenainya diterima pada jam 11.15 pagi sebelum sepasukan pegawai JAS membuat siasatan di lokasi pada jam 3.15 petang.

"Buangan berwarna kehijauan dan berbau seakan solvent dikesan di lokasi, dua sampel dalam bentuk cecair telah diambil untuk dianalisis.

"Kawasan kejadian terletak di kawasan ladang kelapa sawit dengan permukaan gradient yang berbeza menyebabkan buangan mengalir seterusnya bertakung di kawasan rendah.

"Tiada aliran air di kawasan buangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, pita penghadang juga telah dipasang di kawasan kejadian bagi mengelak orang awam memasuki kawasan pelupusan.

"Satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai JAS di Balai Polis Tanah Merah, Port Dickson bagi memaklumkan penemuan buangan itu dan mendapatkan bantuan untuk pemantauan kawasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!