Tindakan undang-undang terhadap Israel, Malaysia sokong Afrika Selatan

Perang Palestin-Israel kembali tercetus pada 7 Oktober lalu selepas beberapa siri kekejaman rejim itu terhadap penduduk Gaza. Foto Xinhua
Perang Palestin-Israel kembali tercetus pada 7 Oktober lalu selepas beberapa siri kekejaman rejim itu terhadap penduduk Gaza. Foto Xinhua
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan di dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, perbicaraan yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis itu adalah berkaitan dengan pencabulan Israel terhadap obligasi di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Konvensyen Genosid) terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

"Semasa hujahan lisannya, Afrika Selatan menegaskan kepentingan segera supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara termasuk mengarahkan Israel menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta," kata kementerian itu pada Jumaat.

Ujar KLN, Afrika Selatan telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh mengenai niat dan perbuatan genosid yang melanggar Konvensyen Genosid.

"Hari kedua akan disambung dengan hujahan lisan daripada pihak Israel," katanya.

Tambah kementerian itu, keputusan ICJ berhubung langkah-langkah sementara dijangka akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.

"Malaysia mengulangi komitmen untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin di semua platform dan menantikan keputusan perbicaraan ICJ ini," katanya.

Perang Palestin-Israel kembali tercetus pada 7 Oktober lalu selepas beberapa siri kekejaman rejim itu terhadap penduduk Gaza.

Artikel Berkaitan:

Ia berlanjutan sehingga hari ini yang menyaksikan puluhan ribu nyawa rakyat Palestin terkorban.