Israel terima padah, dilarang sertai kejohanan dunia

Pasukan hoki ais Israel dihalang menyertai kejohanan hoki ais dunia.
Pasukan hoki ais Israel dihalang menyertai kejohanan hoki ais dunia.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSEKUTUAN Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) menyekat Israel daripada menyertai kejohanan dunia bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak.

"Majlis IIHF mengambil keputusan ini selepas pertimbangan yang teliti dan berdasarkan penilaian risiko, perbincangan dengan negara yang mengambil bahagian dan perbincangan dengan tuan rumah," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan.

Pasukan Israel dijadualkan bermain kejohanan dunia Divisyen II-A di Serbia pada April menentang pasukan termasuk Australia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Persatuan Hoki Ais Israel berkata, mereka akan membuat bantahan terhadap keputusan IIHF kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Tindakan IIHF itu dibuat susulan perang yang dicetuskan Israel di Semenanjung Gaza.

Menurut kementerian kesihatan di Gaza, serangan rejim Zionis itu telah membunuh sekurang-kurangnya 23,469 orang dan kebanyakannya adalah orang awam.

Artikel Berkaitan: