Keputusan menduduki UKK boleh disemak mulai 11 pagi ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan ujian kelayakan khas (UKK) ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, SAM Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi kemasukan 2024 boleh disemak mulai jam 11 pagi pada Jumaat. Jabatan Agama Islam (JAIS) memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi pautan https://esekolah.jais.gov.my dan pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran tersebut.

Jabatan Agama Islam (JAIS) memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi pautan https://esekolah.jais.gov.my dan pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran tersebut.

JAIS memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi pautan https://esekolah.jais.gov.my
JAIS memaklumkan semakan boleh dibuat menerusi pautan https://esekolah.jais.gov.my

“Semua pemohon SAM Muhammadiah, SAM Bestari dan MITS yang mendapat keputusan Mumtaz PSRA tahun 2023. Semakan UKK boleh dibuat pada jam 11 pagi hingga 14 Januari 2024.

“Pemohon yang berjaya diminta mencetak surat tawaran. Kegagalan untuk mencetak dan hadir mengikut ketetapan akan menyebabkan tawaran terbatal secara automatik,” kata JAIS menerusi kenyataan di laman Facebooknya.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Seksyen Sekolah Menengah, Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS untuk masalah teknikal di talian 03-55143638.

Artikel Berkaitan: