Cahaya warna-warni hiasi suasana malam

Terowong percintaan antara tarikan yang terdapat di festival lampu berkenaan.
Terowong percintaan antara tarikan yang terdapat di festival lampu berkenaan.
A
A
A

PADA waktu siang, ia merupakan taman tema air namun, pada waktu malamnya suasana berubah dengan limpahan cahaya kira-kira 1.4 juta mentol lampu berwarna-warni menghiasi keseluruhan taman.

Suasana pelbagai jenis cahaya lampu dan reka bentuk itu boleh dilihat dan dialami sendiri di Festival Luna Wonderland yang diadakan di Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh.

Menariknya lokasi yang didirikan dengan pelbagai bentuk maskot serta hiasan lampu yang disusun atur kemas dan cantik bertemakan akuatik, haiwan, angkasa, percintaan dan belantara akan membawa pengunjung melayari keindahan malam.

Suasana malam yang dihiasi pelbagai jenis cahaya lampu dan reka bentuk di Festival Luna Wonderland yang diadakan di Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh.
Suasana malam yang dihiasi pelbagai jenis cahaya lampu dan reka bentuk di Festival Luna Wonderland yang diadakan di Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh.

Malah ia merupakan festival lampu yang terbesar dan pertama kali diadakan di kawasan taman tema air berbanding sebelum ini yang mana penganjurannya di dataran, taman mahupun di kawasan lapang.

Dengan wujudnya lokasi sesuai bagi setiap peringkat umur ini, pengunjung berpeluang menyaksikan sinar malam yang mengasyikkan serta pengalaman luar biasa ditemani warna-warni cahaya lampu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Seow Cheng Swee berkata, ini merupakan salah satu inisiatif yang dilakukan pihaknya bagi menarik pelancong ke Melaka menikmati limpahan jutaan cahaya neon.

Artikel Berkaitan:

Cheng Swee menunjukkan Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh yang diterangi kira-kira 1.4 juta lampu neon pelbagai warna dan saiz.
Cheng Swee menunjukkan Taman Tema dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh yang diterangi kira-kira 1.4 juta lampu neon pelbagai warna dan saiz.

Menurutnya, ia sekali gus menyemarakkan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan menambah produk pelancongan di kawasan Ayer Keroh yang merupakan laluan pintu masuk pelancong.

Katanya, pengunjung pasti tidak akan bosan dengan keindahan suasana malam di kawasan seluas 3.85 hektar yang memberi peluang untuk mereka bergambar di pelbagai ruang dan sudut yang berlainan.

“Projek kolaborasi ini berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu dengan hiasan lampu yang memukau pengunjung.

“Kita harap mereka yang datang teruja dengan kecantikan, keunikan dan daya tarikan lampu berwarna-warni,” ulasnya.

Tambahnya, dianggarkan seramai 5,000 pengunjung yang masuk ke festival lampu itu pada setiap malam semasa cuti sekolah pada Disember lepas sekali gus menyasarkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung dalam tempoh penganjurannya.

Jelasnya, pengunjung juga boleh berehat dan beriadah di ruang berkelah LED, Aurora River, Tree of Life, terowong Live, terowong Starwars dan terowong Avatar selain disediakan gerai makanan dan kendera saji di luar taman tema tersebut.