Lelaki ditahan lakukan amang seksual dengan anak teman wanita

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MUAR - Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana terlibat kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja berusia 17 tahun di Parit Keroma, Jalan Junid di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan suspek yang berusia 53 tahun pada jam 8 malam.

"Hasil siasatan mendapati suspek merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa. Kejadian berlaku pada Isnin semasa suspek berada di rumah mangsa ketika ibunya keluar bekerja," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek kini direman selama enam hari bermula Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak yang boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

"Polis menasihati orang ramai supaya prihatin dengan jenayah seksual terhadap kanak-kanak kerana kejadian ini boleh memudaratkan kesihatan emosi dan mental yang berpanjangan terhadap mereka sekiranya tidak dibendung lebih awal.

"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang melakukan sebarang tindakan berkaitan gangguan seksual mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: