Junior ganti Diniz - CBF

Junior. Foto Agensi
Junior. Foto Agensi
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Brazil (CBF) melantik pengendali Flamengo, Dorival Junior, pemenang Copa Libertadores dan Piala Brazil mengemudi gergasi Amerika Selatan tersebut.

“Dorival Junior berusia 61 tahun ialah jurulatih baharu pasukan kebangsaan lelaki. Dia akan diperkenalkan dalam sidang akhbar di ibu pejabat CBF di Rio de Janeiro,” kata CBF dalam satu kenyataan.

Junior pernah melatih Atletico Mineiro, Atletico Paranaense, Internacional, Vasco da Gama, Fluminense dan Palmeiras, mengetuai Flamengo ke Copa Libertadores dan Piala Brazil pada 2022 sebelum menyertai Sao Paulo, mengesahkan keputusan meninggalkan kelab tersebut.

CBF sebelum ini memecat Fernando Diniz sebagai pengendali sementara Brazil rentetan keputusan hambar untuk Selecao dalam kelayakan Piala Dunia.

Penyokong-penyokong Brazil berharap pelantikan Diniz yang berusia 49 tahun juga jurulatih kelab Rio de Janeiro, Fluminense, akan memulihkan imej bola sepak samba sekali gus memacu juara dunia lima kali itu kembali ke puncak.

Namun Diniz sejak mengambil tugas itu pada Julai bergelut untuk menaikkan semula Brazil yang kini menduduki kedudukan keenam dalam kelayakan Piala Dunia 2026 Amerika Selatan, kedudukan terakhir untuk layak secara automatik dari benua berkenaan.

Sebagai rekod, Diniz hanya meraih dua kemenangan dan tiga kekalahan berturut-turut termasuk tewas kepada musuh setempat Argentina pada November dalam tempoh enam bulan mengemudi Brazil.

Artikel Berkaitan: