Saingan sengit tambat hati Pan-gon

Syahmi idam kesebelasan utama Harimau Malaya.
Syahmi idam kesebelasan utama Harimau Malaya.
A
A
A

PEMAIN pertahanan negara, Syahmi Safari mengakui persaingan sangat sengit antara pemain bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama Harimau Malaya pada saingan Piala Asia di Doha, Qatar.

Menurutnya, semua pemain menunjukkan persembahan berkualiti tinggi untuk menambat hati pengendali pasukan negara, Kim Pan-gon.

"Setiap pemain di sini berhak untuk bermain dalam kesebelasan utama sebab semua pemain mempunyai kualiti tersendiri.

"Harimau Malaya kali ini berada dalam tahap yang baik dan setiap pemain cuba beri segalanya untuk rebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Ia secara tidak langsung dapat tingkatkan prestasi pasukan itu sendiri," katanya.

Syahmi berkata, dia juga mahu membuktikan sesuatu selain tekad membantu pasukan negara mara sejauh yang boleh dalam kejohanan terbesar Asia itu.

"Ini adalah Piala Asia pertama untuk saya dan rakan-rakan lain. ini juga adalah pentas yang terbaik dan tertinggi dalam karier pasukan negara.

"Setiap pemain ingin buktikan sesuatu untuk membantu pasukan negara selain menggembirakan penyokong untuk mara semaksimum mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan: