Menangis demi Pak Prabowo

Antara video 'tangisan' yang dikongsi di platform TikTok. - Foto: Agensi
Antara video 'tangisan' yang dikongsi di platform TikTok. - Foto: Agensi
A
A
A

JAKARTA - Sejak sesi debat ketiga calon presiden (capres) berakhir pada Ahad lalu, satu 'wabak' telah melanda pengguna media sosial malah ia semakin meningkat terutamanya di platform TikTok.

Kebanyakan pengguna media sosial menzahirkan respons simpati terhadap capres No.2, Prabowo Subianto, gara-gara serangan bertubi-tubi daripada pesaingnya, Ganjar Pranowo dan Anies Baswedan.

Setakat ini, posting tangisan warganet menyaksikan peningkatan dengan kata kunci, 'Netizen menangis tonton debat Pak Prabowo' di TikTok.

Terdapat ratusan pengguna memuat naik video mereka menangis. Malah, lelaki juga berkongsi rasa sedih walaupun majoritinya adalah wanita.

Detik yang paling mengundang simpati ketika sesi debat itu adalah apabila Anies yang merupakan capres No.1 diberi peluang untuk mengajukan soalan kepadanya.

Bekas Gabenor Jakarta itu dengan lantang bertanyakan kepada Ganjar tentang markah prestasi Prabowo ketika memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Bekas Gabenor Jawa Tengah itu memberikan sebanyak lima markah kepada Prabowo manakala Anies menyebut markah lebih rendah iaitu 11 daripada 100 mata.

Penilaian melulu Ganjar dan Anies bagaimanapun telah mengecewakan ramai warganet, lebih-lebih lagi apabila melihat ekspresi wajah Prabowo yang hanya terdiam sambil tersenyum.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan mereka melihat kedua-duanya mempunyai persepsi yang terlampau negatif terhadap Prabowo berikutan popularitinya yang semakin melonjak. - Agensi