Serah keputusan rayuan Kelantan FC kepada FIB

Tunku Ismail, Ab Ghani dan Yseow Suan selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di Iskandar Puteri pada Selasa
Tunku Ismail, Ab Ghani dan Yseow Suan selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di Iskandar Puteri pada Selasa
A
A
A

KEPUTUSAN permohonan rayuan Kelantan FC akan diserahkan sepenuhnya kepada First Instance Body (FIB) sama ada layak diberikan Lesen Kebangsaan kepada pasukan berkenaan.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya telah menerima rayuan daripada kelab Pantai Timur itu beberapa hari sebelum tamat tempoh rayuan yang berakhir pada Isnin.

"Kita telah menerima dokumen-dokumen daripada skuad The Red Warriors (TRW) bagi memperoleh lesen itu bagi membolehkan mereka terus kekal beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

"Bagaimanapun, keputusan itu kita serahkan kepada FIB untuk membuat penilaian secara rapi sebelum memberikan kata putus," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024-2025 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Tungku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang juga Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) turut hadir dalam mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan.

Sebelum ini, Pemilik TRW, Norizam Tukiman dilaporkan terkejut dengan keputusan FIB yang tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Kelantan FC, sedangkan pihaknya sudah menyerahkan segala dokumen diperlukan.

Ini termasuk sudah menghantar dokumen penyelesaian babitkan lima kes Fifa sebelum tarikh akhir 31 Disember lalu, dan keputusan FIB yang diputuskan itu baginya agak terburu-buru.

"Kelantan FC akan kemukakan rayuan walaupun kita agak terkejut dengan keputusan kerana kita serahkan semua dokumen.

Artikel Berkaitan:

"Pertama, kita dah selesaikan semua gaji dan apa-apa perkara babitkan tujuh pemain dan semuanya dah selesai. Perkara kedua berkenaan jurulatih juga dah selesai, itu faktanya.

"Kemudian ketiga pasal lima kes Fifa (babitkan tunggakan gaji pemain dan jurulatih import), itu pun kita dah hantar pada pukul 11 malam (31 Disember 2023)," kata Norizam.

Sebelum ini, MFL mengesahkan bahawa Kelantan FC gagal memperoleh Lesen Kebangsaan, namun diberi peluang untuk membuat rayuan sebelum 8 Januari ini.

Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana TRW didakwa gagal untuk melengkapkan dua kriteria kewangan dibawah sub kriteria F.04 dan F.11.

Beliau berkata, ini membabitkan tunggakan gaji, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 November 2023 dan 31 Disember 2023.