KBS tawar geran RM7 juta naik taraf padang stadium negeri

Tunku Ismail (tengah) menerima cenderamata daripada Ab Ghani sambil diperhatikan Yseow Suan selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di Iskandar Puteri pada Selasa
Tunku Ismail (tengah) menerima cenderamata daripada Ab Ghani sambil diperhatikan Yseow Suan selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di Iskandar Puteri pada Selasa
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan RM7 juta menerusi geran untuk meningkatkan kualiti padang di stadium setiap negeri sebagai persediaan musim Liga Malaysia 2024/2025.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, geran RM500,000 ditawarkan kepada semua 14 negeri termasuk Wilayah Persekutuan untuk kerja-kerja naik taraf sistem saliran dengan kos RM300,000 dan RM200,000 lagi untuk menanam rumput baharu.

"Proses menaik taraf sistem saliran ini penting bagi mengelakkan air bertakung dalam padang sekali gus akan menjejaskan kualiti permainan terutama semasa hujan atau dalam musim tengkujuh.

"Sekiranya mereka menerima tawaran tersebut, terpulang kepada setiap negeri untuk menanam rumput jenis apa pun asalkan bukan jenis 'cow grass'.

"Mereka boleh menanam rumput jenis Zeon Zoysia seperti yang banyak digunakan dalam stadium di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia dan Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam.

Hannah berkata, sekiranya menerima tawaran tersebut, mereka perlu memilih satu stadium dan perlu menyiapkan kerja-kerja tersebut sebelum April ini.

Katanya, tawaran berkenaan dibincangkan dengan semua Exco sukan dari setiap negeri dalam mesyuarat khas berkenaan pada Selasa dan Rabu.

Artikel Berkaitan:

"Mereka pada dasarnya menyambut baik tawaran kali pertama ini. Semua Exco terbabit akan berbincang lanjut dan secara teliti dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing apabila pulang nanti," ujarnya.

Ujar beliau, jika semua negeri bersetuju menerima tawaran berkenaan, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'kzim (JDT) akan menyalurkan sumbangan lebih RM3 juta selama 12 bulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan padang.

Jelasnya, setiap negeri akan menerima sumbangan RM300,000 tetapi dengan syarat mereka perlu menerima tawaran tersebut terlebih dahulu.

Menurut beliau, pada tahun lalu pihaknya ada menawarkan RM300,000 dalam bentuk geran untuk menanam rumput baharu jenis Zeon Zoysia tetapi tiada negeri yang menerima tawaran itu kerana tidak mahu terbeban dengan kos penyelenggaraan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!